Minggu, 25 Juli 2010

Pelakon Pian Cecupak mandi susu selepas STOP mengambil suntikan?



Pelakon Pian Cecupak mengaku terpaksa mandi susu sejak beberapa bulan lalu apabila badannya menjadi gatal selepas berhenti mengambil suntikan untuk 'mencantikkan' tubuh badannya.

Kata Pian, badannya menjadi gatal-gatal apabila dia tidak lagi melakukan suntikan yang sebelum ini dilakukan pada bahagian perut dan belakang badan.

“Saya tidak tahu kenapa badan saya jadi sedemikian tetapi saya syak mungkin kerana saya tersalah mengambil ubat ketika melakukan suntikan itu,” katanya.

Pian menceritakan pengalaman tersebut dalam rancangan Fenomena Seni terbitan RTM1 yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Rancangan yang membicarakan tajuk Suntik… Cantik Ke? turut membariskan pelakon Julia Ziegler dan pegawai perubatan kulit dan esentik dari sebuah klinik swasta, Dr. Suzana Hasnan.

Rosyam Nor bertindak sebagai pengacara dalam rancangan yang disiarkan selama sejam bermula pukul 2 petang itu.

Menurut Pian, dia tidak berasa malu membuat pengakuan tersebut kerana mempunyai sebab tersendiri kenapa melakukan suntikan.

Katanya, tindakan itu pada mulanya disebabkan dia mahu mengubati bibirnya yang sumbing.

Tambahnya, walaupun dia seronok membuat suntikan berkenaan tetapi dia tidak menafikan menerima kesan negatif yang tidak pernah difikirkannya selama ini.

Berdasarkan pengalaman itu, dia menasihati golongan artis yang sememangnya sudah memiliki wajah menarik dan rupawan supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam masa yang sama katanya, artis-artis yang membuat pembedahan wajah tidak perlu hipokrit untuk menyembunyikan perbuatan mereka itu kerana perubahan pada wajah dapat dilihat oleh sesiapa sahaja dengan jelas. “Walaupun ada artis yang tak mengaku mereka melakukan suntikan atau membuat pembedahan kepada wajah tetapi saya sendiri boleh tahu. Orang yang macam itu pada saya seorang yang hipokrit,” katanya.

Sementara itu Ifa Raziah yang dihubungi dalam rancangan itu turut mengaku selama ini dia juga membuat suntikan untuk kelihatan lebih cantik.

Menggelarkan dirinya sebagai “ratu suntik” Ifa turut berhasrat berlakon dalam sebuah drama yang diadaptasikan daripada pengalamannya itu.

Bagaimanapun pelakon itu masih lagi merahsiakan projek terbarunya itu.
Anda mungkin juga meminati:

Mohd Juara Mentor 4 Di Atas Tunjuk Ajar Mentor Ziana Zain



Mohd dipilih menjadi juara Mentor 4 kali ni setelah mengalahkan dua lagi peserta iaitu Nani dan Adi. Mohd mendapat markah sebanyak 71 markah. Vokal Mohd protege Ziana Zain ni memang mantap dan boleh bawa lagu nada tinggi macam mentor dia gak. Ramai sudah mengjanka Mohd akan jadi juara tetapi di luar jangakan apabila adi di tempat kedua. Ramalan fiq mengatakan penyokong adik adi iaitu ila mengUNDI Adi sebagai pemenang kerana itu juga adi di tempat kedua dan Nani di tempat ketiga.



Hadiah lumayan Rm100 000 tu berbaloi le bagi mentor dan protege.. lama dah penat berlatih, penat Ziana Zain terjerit jerit mengajar anak murid dia. Bersungguh sungguh Ziana Zain mengajar Mohd. Dengan kesungguhan mohd "Hard Working" tiap-tiap minggu menampilkan persembahan yang baik kerana itu Mohd Layak jadi JUARA MENTOR musim ke 4.



P/S : Bila pembuka tirai Final mentor 4, terdapat kelibat 2 orang Ziana Zain sedang menyanyi di bawah pentas. Ziana Zain layak di jadikan Diva Sepanjang Zaman. Tahniah Ziana kerana masih banyak pengaruh sampai sekarang..

Alahaiiii Fara Fauzana semakin seksi di Melodi TV3? Betul Ke?





Cik gayah tengok Melodi 4 july 2010 di acarakan oleh pengacara popular iaitu fara fauzana atau lebih di kenali nama FAFAU semakin seksi? seksi tang tu? Isk Isk isk Cik gayah nak mintak maaflah pada FAFAU kalau mulut laser cik gayah ni menegur cara pakaian fafau masa siaran melodi tadi membuat fafau marah.

Cik gayah bukan apa, terfikir sama ada kamera men tu terlalu fokus? atau fafau terlupa nak tutup kancing baju ke atas sikit? atau memang style fesyen sekarang macam tu?. Iskk cik gaya bukan pandai sangat fesyen la ni.. maklumlah.. old fesyen je.. baju kurung cik gayah tahu la.. gitewwwww.. Uollss jangan JELOUS wokey, cik gayah nie salah seorang peminat no.1 Fafau tau.. alahaiii fafau..



FAFAU memang ramai peminat Fesbukkk.. ehhh silap Facebook.. Bila Fafau komen sikit kat FACEBOOK.. Ramai peminat respon. macam Cik Gayah nie manalah ada FACEBOOK, Face TO face ade la.. banyak bercoloteh plak cik gayah sekarang ni.. pada peminat FAFAU yang marahkan cik gayah dengan teguran ini. Maaflah ya.. Cik gayah ni teguran Ikhlas.. Kadang-kadang teguran kita membuat kita berjaya di masa akan datang. betul tak?

Malam ni konsert akhir Mentor 4. cik gayah sokong Mohd dan Diva Sepanjang zaman iaitu Ziana Zain.. Sekebun cinta nan berbunga...... cewaaahh.. (sambil kening naik sebelah)

Pelakon Lucah Kacukan Jepun teringin SEKS dengan Ariel Peterpan?








Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbar Kompas semalam.

Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.



"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu.

Mati semasa menderma darah


Setiap kali berlangsung kempen menderma darah di tempatnya, Ho Chuan Poh, 55, (gambar) merupakan antara orang pertama tampil untuk sama-sama menderma darah.

Bagaimanapun, hasrat tukang paip itu untuk menderma darah buat kali ke-45 semalam tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat berlaku komplikasi secara tiba-tiba semasa proses derma darah sedang dilakukan terhadapnya.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku pada majlis kempen derma darah anjuran Persatuan Hui Yin Seh di Air Itam dekat sini.

Chuan Poh yang pengsan secara tiba-tiba diberikan bantuan kecemasan oleh doktor dan petugas Unit Bank Darah Hospital Pulau Pinang (HPP) sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke HPP.

Guru rogol murid ditahan polis



Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Suami tangkap isteri curang




Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.

Ternyata, perangkap yang dipasang lelaki dikenali sebagai Muhammad, 30-an mengena apabila mendapati isterinya itu sedang bercumbu mesra dengan lelaki seusia dengannya pada pukul 3 petang di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu mula berubah sikap sejak sebulan lalu hingga mendorong suaminya melakukan intipan selepas tidak tahan dengan cakap-cakap orang mengenai kecurangan yang dilakukan isterinya.